Selamat berblog utk diriku :)
Yaaaaaaa!!! Sesungguhnya aku suka berblog. Tapi ni dah kali ke berape ntah aku wat blog. Semuanya hampeh dan hangat2 tahik ayam. Fuhhhh. Harap2 kali ni kekal selamanya.
Kokse kokde = loghat / dialek Kelantan bermaksud bicara yg ntah hape2 @ merapu @ hentam sajalah @ belasah je pe yang patot. Aku budak Kelantan. Maka, byk la loghat2 kelantan akan aku gunakan dlm blog aku ni nanti. Awal2 lagi aku dah guna, tidak mustahil akan ade byk lagi yg akan menyusul.
Sempena blog terbaru aku ni, takde pape lagi aku nk ceritakan. Idea xde. Hanya inginkan satu blog untuk permulaan gara2 kegatalan tangan nk berblog. YANG PASTINYA aku berangan utk adakan series, ala-ala novel gitu dan diselitkan dengan suke suki apa sahaja yg terlintas dari benak kepala otak aku. Akan aku cuba usahakan untuk memberi kesinambungan kepada series aku tiap2 minggu. Hehehe. Tajuk dah ade. Sinopsis dalam proses. Itu sahaja. Doakan aku berjaya.
Terimalah seadanya.
p/s: sukar untuk memulakan sesuatu. agak sukar untuk meneruskan. tetapi amat sukar untuk sentiasa meneruskan sesuatu. (harap2 korang paham la ape yg aku cuba sampaikan).
No comments:
Post a Comment